pantun lapan kerat


Maksud:

Rangkap 1:
Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2:
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.

Rangkap 3:
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

Tema :
Keagamaan

Persoalan:
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

Bentuk:
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa:

1.Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2.Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

3.Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4.Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi

Nilai:

1.Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2.Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3.Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.

Pengajaran:

1.Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2.Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3.Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.


nota pantun enam kerat (Dirgahayu Bahasaku)

Maksud
Rangkap 1:
Seseorang yang miskin dan tidak mempunyai wang biasanya tidak dihiraukan oleh orang lain. Hal ini akan membuatkan orang berkenaan berasa sangat kecewa.

Rangkap 2:
Setiap masalah dan nasib malang yang dihadapi oleh seseorang bukan disebabkan oleh orang lain tetapi sememangnya takdir kehidupannya begitu.

Rangkap 3:
Sudah menjadi resam dunia apabila orang itu memiliki sesuatu yang baharu, dia akan mengabaikan yang lama.

Tema:
Kesedihan akibat kehidupan yang miskin, nasib yang sentiasa malang, dan sering disisih oleh masyarakat.

Persoalan:
i. Persoalan tentang masalah kewangan yang sering menjadikan seseorang itu sentiasa dibelenggu
masalah.
ii. Persoalan tentang nasib yang menimpa diri seseorang sememangnya sudah ditakdirkan.
iii. Persoalan tentang sikap manusia yang mengabaikan sesuatu yang lama setelah mendapat sesuatu yang baharu.

Nilai:
i. Kesabaran - manusia mestilah sentiasa sabar menghadapi masa-masa sukar kerana ketiadaan wang dan sebagainya.
ii. Bersyukur - manusia sentiasa bersyukur dan berserah apabila menerima nasib yang kurang baik.
iii. Mengenang jasa - manusia tidak harus mengamalkan sikap lupa daratan apabila mendapat sesuatu yang baharu.

Pengajaran:
i. Kita hendaklah bersabar untuk menempuh segala masalah yang bakal dihadapi.
ii. Manusia hendaklah sentiasa bersyukur dan menerima segala dugaan yang ditakdirkan.
iii. Masyarakat mestilah mengenang jasa orang dan tidak mengamalkan sikap melupakan yang lama setelah memperoleh sesuatu yang baharu.

Bentuk:
i. Terdiri daripada tiga rangkap pantun.
ii. Puisi ini merupakan pantun enam kerat kerana terdiri daripada enam baris dalam satu rangkap.
iii. Tiga baris pertamanya ialah pembayang dan tiga baris yang terakhir ialah maksud.
iv. Jumlah kata dalam baris adalah antara 3 – 4 patah.
v. Bilangan suku kata dalam baris antara 8 – 12 suku kata.
vi. Rima akhirnya ialah a,b, c, a,b, c.
vii. Puisi ini berbentuk terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional


Gaya bahasa

i. Ada menyelitkan penggunaan kata arkaik/klasik seperti pura (wang).
ii. Ada unsur gaya bahasa perbandingan simile.
a. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contoh: Hati Luka pura tiada.
b. Repetisi. Contoh: Sudah takdir, sudah suratan.
c. Imej alam. Contoh: putik kelapa; kedondong; buluh; ikan cencaru; gelama.
d. Peribahasa. Contoh: ibarat kaca jatuh ke lantai; ibarat melukut di tepi gantang.
e. Asonansi. Cth: Kelapa muda jadi kemirau (pengulangan bunyi vokal a)
f. Aliterasi. Cth: Kail tersangkut di tepi batang (pengulangan bunyi konsonan t)